Masjid Al-Ikhwan
SEJARAH MASJID AL-IKHWAN


Pembinaan masjid bermula pada 13hb Disember 2016 dan diserahkan untuk penggunaan ahli kariah pada 1hb April 2021 dan secara rasmi ditauliahkan untuk mendirikan Solat Jumaat pada 9hb April 2021. Kariah Masjid Al-Ikhwan terdiri daripada 13 taman-taman berikut: Taman Bernam,
Taman Bernam Baru, Taman Bernam Perdana, Taman Segar, Taman Seri Indah, Taman Seri Pertama, Taman Pertama , Taman Seri Tanjung, Taman Slim, Taman Malim, Taman Perumahan Awam 3, Taman Pinggiran Bernam dan Taman Sentosa.
Pada Jun 2021, masjid telah menerima peruntukkan daripada Pejabat Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Negeri Perak sebanyak 147,000.00. Peruntukkan
disalurkan melalui Pejabat Daerah Slim River dan digunakan untuk membina
bumbung parkir dan pemasangan cermin penghadang disekeliling bangunan masjid.
Pada November 2021 masjid telah menerima RM30,000.00 daripada Majlis Agama
Islam Negeri Perak yang diperuntukkan untuk membina pagar dan bumbung
penghadang hujan di bahagian kiri dan kanan pintu masuk ke bangunan masjid.
Perolehan perabot dan kelengkapan masjid dibeli secara beransur-ansur melalui
sumbangan ahli kariah.
OBJEKTIF, FUNGSI, VISI & MISI
OBJEKTIF & FUNGSI
Untuk menjadikan Masjid Centre of Activities & Centre of Excellent. Juga merancang dan melaksanakan Pengurusan Masjid Puncak Alam dalam urusan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
VISI
Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahan kepada seluruh masyarakat ke arah pembangunan masjid cemerlang serta membina modal insan yang tauhidi.
MISI
Menjadikan pengurusan masjid lebih teratur, cekap dan sistemak yang berasaskan pengurusan Islam (Al-Quran dan Hadith) yang akan dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pengurusan masjid.
Menjadikan pengurusan masjid lebih teratur, cekap dan sistemak yang berasaskan pengurusan Islam (Al-Quran dan Hadith) yang akan dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan.






